Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu
disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami
melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia
akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya
dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)
PENCERAHAN :
Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.
Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.
Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.
Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Ustaz Kay

No comments:
Post a Comment